DULU DAN SEKARANG - GURU VS IBU-BAPA

Pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting bermula dari zaman kanak-kanak sehinaggalah ke zaman dewasa. Setiap ibu-bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam bidang akademik dan menghantar mereka ke sekolah dan memberi hak 100% kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka di sekolah, dan hak ini bertukar tangan 100% kepada ibu-bapa atau penjaga apabila anak-anak keluar daripada sekolah.


Tetapi, apa yang menyebabkan perkara dibawah ini terjadi?


Bapa kepada murid ini telah membuat laporan polis mengatakan bahawa guru merotan anaknya sehingga anaknya mengalami tekanan jiwa. (Tekanan jiwa? Apa yang anak dia tahu pasal tekanan jiwa? Sedangkan baru bercinta seminggu pun boleh upload video dalam youtube)

Mari kita lihat dibawah:


Mesti ramai yang pernah membaca kartun seperti diatas, adakah bermakna pada zaman dahulu tidak ada masalah tekanan emosi/jiwa? Ramai tokoh-tokoh negara juga pernah kena rotan ketika belajar, kenapa tidak ada yang buat report polis?  

Persoalannya, apa akan terjadi kepada masa depan anaknya disekolah kelak? berkemungkinan anaknya akan dipulaukan kerana guru-guru dah takut atau menyampah dengan sikap bapanya.

Selain dari itu, berkemungkinan besar anaknya tidak akan "respect" kepada keadaan sekeliling kerana tahu bapanya akan setiasa buat laporan polis walaupun dia membuat kesalahan. (Akan datang Youtube "bapaku seorang pembuat report polis terhebat")


Sekian...

Comments